testimoni La Shica Peeling Serum
La Shica Peeling Serum
Featured post
Kulit Badan Gelap? jom buang sel2 mati dengan La Shica Peeling Serum
Kulit badan gelap?tidak sekata?kasar & tidak flawless?jommmm buang deadskin punca kulit tidak cantik iteww dengan La Shi...
Kelebihan SNE untuk kecantikan wajah
at
21:51
Mula-mula sekali ramai yang tanya "kenapa kak nak saya cuba SNE kapsul dulu ya..takkan tak boleh makan BE (Beautskin Essence) terus?" Akak bukan la nak saja2 habiskan duit adik2 ni..tapi akak nak bagi sedikit tips dan panduan agar tak sia2 duit kita laburkan untuk membeli BE ni. Jika kita betul2 nak cantik, kenalah ikut panduan yang di berikan betul tak. Biarlah lambat sikit asalkan berbaloi dan puas hati. Sebab nanti kalau makan BE sahaja tapi tak berkesan, salahkan BE pulak. Selain SNE ni boleh di makan, boleh juga disapukan di bahagian muka, kalau amalkan selalu pasti muka akan lebih halus, anjal dan kelihatan lebih muda dalam jangka masa panjang.
Bagaimana SNE membantu dalam pemeliharaan kecantikan wajah?
SNE mengandungi pelbagai jenis kandungan pemeliharaan kulit
seperti asid lemak bebas, karbonat, sitosterol, fosfolipid, VE, VA dan
karotinoid yang disahkan berpuluh-puluh kali lebih berkesan jika
dibandingkan dengan produk penjagaan kulit yang biasa. Asid lemak bebas
yang terkandung dalam SNE mudah diserap oleh kulit, mengekalkan paras
asid yang lemah pada kulit dan mengelakkan pertumbuhan kulat. Asid
linoleik dan asid linolinik dalam SNE mempercepatkan kadar peryembuhan
luka dan menyelaraskan hormon dalaman. Karbonat pula menghalang
penyejatan kandungan air pada permukaan kulut, membekalkan zat makanan
kepada kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. Sitosterol memperbaiki
peredaran darah kulit. Fosfolipid membentuk lapisan perlindungan yang
mengelakkan sejatan air, mengelakkan ancaman bahan asing dan mempunyai
kesan penyelarasan haba dan anti-oksida. Oleh itu, memakan dan menyapu
pada bahagian muka dalam jangka masa panjang dapat mencantikkan kulit
disamping menghilangkan bintik-bintik kulit dan kedut. Ia menjadikan
kulit anda lebih berseri, anjal dan kelihatan lebih muda.
Ada side-effect tak?
Bukan side-effect, tapi tindak balas positif atau tindak balas
penyelarasan mengikut perubatan Cina. Selepas menggunakan SNE,
ia kan bertindak di dalam tubuh badan dan menghapuskan radikal-radikal
bebas, virus dan bakteria yang wujud dalam tubuh badan, sebelum
menyingkirkan toksik-toksik ini melalui kulit dan najis. Semasa
pemusnahan bakteria dan detoksifikasi ini, sesetengah pesakit akan
mengalami pelbagai jenis masalah termasuk tidur berlebihan, kekurangan
tidur, penambahan pembuangan najis, warna air kencing menjadi gelap atau
gatal-gatal kulit. Kesemua ini adalah tindak balas yang baik. Namun,
keadaan tindak balas ini tidak lama. Biasanya tindak balas penyelarasan
akan berlaku dalam temph 1-6 hari selepas mengambil produk ini dan akan
hilang dalam tempoh seminggu. Jangka masa tindak balas berbeza antara
individu. Sesetengah orang akan mengalami tindak balas sehingga
penyakitnya sembuh. Anda juga perlu meminum air yang
banyak setiap hari, tetapi jangan sesekali berhenti mengambil SNE.