testimoni La Shica Peeling Serum
La Shica Peeling Serum
Featured post
Kulit Badan Gelap? jom buang sel2 mati dengan La Shica Peeling Serum
Kulit badan gelap?tidak sekata?kasar & tidak flawless?jommmm buang deadskin punca kulit tidak cantik iteww dengan La Shi...
Tips Kecantikan: Merawat Kulit Muka Yang Kasar Jom cuba :)
at
14:42
Merawat Kulit Muka Kasar
Bagi sesetengah wanita, mengalami masalah kulit muka kasar sangat sensitif bagi mereka.
Ini kerana mereka tidak merasa selesa dengan keadaan tersebut tambahan pula ketika mereka berpeluh.
Aktiviti seharian mereka juga terbatas akibat daripada kesan kulit muka kasar yang dialami selama ini.
Ada sesetengah individu yang menganggap ia adalah sebahagian daripada kecantikan paras rupa. Oleh itu, menjaga kulit muka sangat penting kerana ia merupakan imej bagi seseorang individu. Kalau kulit muka nampak kurang bermaya atau kurang sihat, ia menyukarkan mereka untuk melakukan kerja seharian.
Adakah anda mempunyai masalah dengan kulit muka anda? Masih tercari-cari bagaimanakah cara untuk melicinkan kulit muka anda ?
Jom cuba petua di bawah ini :
1.
Bersihkan beberapa biji kulit telur. Selepas dibersihkan, ambil kulit
telur tersebut dan jemur sehingga betul-betul kering dan kisar sehingga
halus. Bancuh ia dengan air suam bersama bedak sejuk. Sapu pada bahagian
muka yang mengalami kulit muka kasar secara perlahan-lahan dan biarkan
sehingga kering. Tunggu beberapa minit dan basuh dengan menggunakan air
suam dan disusuli dengan air sejuk. Insya-Allah masalah kulit muka kasar
anda dapat di atasi.
2. Ambil sebiji atau dua biji
timun, Parut hujung timun tersebut dan gaulkan dengan air bersama-sama
dengan tepung jagung. Sapukan ia pada muka setiap malam sebelum tidur.
3.
Ambil tepung pulut can campurkan sedikit air. Sebelum tidur, sapukan di
bahagian muka anda dan apabila bangun pada keesokkan harinya, cuci muka
anda dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
4.
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke kulit muka anda. Biarkan
selama tiga hingga lima minit sebelum dicuci sengan air suam. Amalkan
selalu bagi menampakkan kesan yang ketara.
5. Kisar dua
biji buah tomato bersama sedikit gula dan air. Tapiskan dan minum
airnya di setiap pagi. Lakukan sekerap yang mungkin agar kulit muka anda
bertambah licin.
6. Ambil wap air nasi atau buih atau
yang sedang ditanak. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama 30 minit.
Lakukan setiap hari dan anda boleh lihat hasilnya.
7.
Ambil seikit beras dan rendam selama dua hari. Kupas sengkuang dan kisar
bersama kunyit serta beras yang telah direndam tadi. Sapukan pada kulit
muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.